top of page
Search

STRATEGI SHORT-TERM (EMA20 cross-up ema50)

Updated: Feb 12, 2022

Strategi moving average(EMA20 cross-up EMA50) ini adalah untuk dagangan singkat (short-term) ketika harga saham dalam keadaan awal perubahan trend daripada sideway atau downtrend kepada uptrend. Ini kerana moving average menunjukkan pembalikan parameter(channel lines) semasa downtrend kepada uptrend. ini bermaksud ketika downtrend, MA terkini( fast-MA) berada dibawah MA terkebelakang( slow-MA) contohnya MA5 berada dibawah MA20, dan MA 20 berada dibawah MA50. begitulah sebaliknya jika dalam uptrend, MA5 akan berada di atas MA20 dan seterusnya...


Di sini kami memilih penggunaan Exponential Moving Average(EMA) iaitu EMA20 cross-up EMA50 dalam analisis teknikal sebagai strategi ampuh untuk short-term trading dalam anggaran 5-7 hari trading. Ia berdasarkan kepada hasil yang positif dalam analisis dan kajian ( backtest ) bagi kebanyakan saham ( 200 kaunter saringan).






Lihat carta yang di atas, bagaimana hasil dagangan di capai dengan menggunakan strategi tersebut. Ketika ini pasaran dalam keadaan downtrend.

deskripsi strategi-details


STRATEGI EMA ( 20 croosup 50 )

1. Ketika ema20 cross-up ema50, ia dalam keadaan overbought, selepas itu akan berlaku retrace, dimana harga turun akibat unloading stock( Stoch overbought). Ingat Ini adalah kebiasaan.

2. Ketika itu kita perlu watchlist harga semasa di antara T1-T5 untuk entry.

  • T1,T2 untuk lihat sejauh mana harga turun, kenalpasti support dengan membuat garisan trendline. Jika harga terus naik pada T1@T2 anda biarkan. Elakkan mengejar harga. Dalam kajian kami, hanya 10% kaunter sahaja rebound pada T1@T2 selepas EMA cross.

  • Kebanyakannya pada T3,T4 harga akan rebound semula. Masa ini sesuai untuk entry bagi short-term trading dengan range 3-4 bid.

  • Ada yang retrace sehingga T6 dan T7 baru naik semula(rebound).

3. Tiada masalah jika kita perasan harga retrace sampai T7 kerana apabila EMA20 cross-up EMA50, ia adalah tanda perubahan trend akan berlaku.

4. Strategi ini adalah untuk dagangan short-term dan kita perlu kenalpasti support & resistance


Lihat carta di atas, strategi ini digunakan ketika harga dalam uptrend dimana kesannya 10% dan 25% gains dalam tempoh 7 hari trading. Pada awal uptrend selepas EMA20 cross-up EMA50 berlaku retrace/pullback,jadi disini kita mengawasi harga sebagai kawasan entry. Sila rujuk deskripsi strategi dan gambar carta untuk lebih kefahaman.


Kunci kejayaan= smart, sabar, disiplin... selamat berdagang!




© 2021 aiesmartinvest.com

229 views0 comments

Recent Posts

See All
Anchor 1
bottom of page