top of page
Search

MOVING AVERAGE STRATEGY

Updated: Feb 12, 2022


Strategi ini menggunakan indikator EXPONENTIAL MOVING AVERAGE iaitu EMA5/EMA20/EMA50/EMA100/200. Indikator ini lebih memberatkan data semasa dan hari sebelum serta ia lebih sensitif dengan perubahan harga. Tujuannya adalah untuk mengenalpasti perubahan yang akan berlaku kepada harga dan memberi isyarat lebih awal kepada pedagang berkaitan perubahan trend yang akan berlaku.


Isyarat patah trend ini ditunjukkan oleh garisan EMA5( HITAM)/EMA20(JINGGA) /EMA50(KUNING)/EMA100( BIRU)/EMA200(UNGU) yang melibatkan perubahan dalam struktur/kitaran harga pasaran iaitu FASA DOWNTREND,ACCUMULATION,UPTREND dan DISTRIBUTION.



IDEA ANALISIS ;

A) DOWNTREND ( ISYARAT EXIT )

1. EMA5 berada di bawah EMA20 manakala EMA100 dan EMA200 berada jauh di atas.

2. Garisan EMA menunduk/menguncup ke bawah dan berada di atas harga.

3. Fasa ini melibatkan aktiviti penjualan oleh pedagang selepas daripada uptrend sebelum ini.

4. Pasaran kebiasaannya melibatkan pedagang short-term( analys trader).


B) ACCUMULATION ( ISYARAT ENTRY )

1. EMA5/EMA20 di bawah EMA50

2. Minat belian kurang ditunjukkan oleh volum yang masih kurang.

3. Garisan EMA mula mengecil/merapat. Sesetengah harga saham mengalami fasa ini dalam tempoh yang panjang.

4. Di akhir fasa accumulation = garisan EMA mula mengembang semula dan volum dikesan mulai masuk( minat belian).

5. EMA20 cross-up EMA50 menunjukkan isyarat awal perubahan yang akan berlaku kepada harga. Di sini adalah kawasan WATCHLIST/ENTRY untuk pedagang ( short/mid-term).


C) UPTREND ( ISYARAT ENTRY )

1. EMA20/EMA30 cross-up EMA100

2. Permulaan uptrend di kesan di mana garisan EMA mula mengembang ke atas dan harga berada di atas EMA .

3. Ketika ini juga harga membuat pembetulan( correction)= mengumpul kekuatan/re- accumulation

4. Volum juga meningkat dan ini merupakan kawasan WATCHLIST/ENTRY bagi pedagang long-term( swing ).

5. EMA50 cross-up EMA200 MERUPAKAN isyarat jelas perubahan harga yang akan berlaku=strong uptrend. Dalam carta ditunjukkan harga OWG telah membuat kenaikan sebanyak 72% dalam tempoh 16 hari dagangan.

6. Selepas itu harga membuat pembetulan( re-accumulate) semula= pedagang mengambil untung. Kawasan ini adalah WATCHLIST/ENTRY kepada pedagang short-term. Uptrend masih valid sekiranya harga berada di atas EMA100/EMA200.


D) DISTRIBUTION ( ISYARAT EXIT)

1. Dalam fasa ini harga mula menurun dan mengalami kejatuhan selepas mengalami kenaikan yang tinggi. Pedagang mula membuat penjualan/mengambil untung. Ketika ini aktiviti dagangan melibatkan pedagang short-term.

2. Garisan EMA juga semakin ke bawah dimana EMA5/EMA20 berada di bawah garisan EMA100/200 ( ISYARAT EXIT) iaitu harga semakin jauh kebawah dari garisan EMA100/200.


NOTA/PENTING:

  1. Setiap isyarat entry mestilah merujuk kepada harga support/sokongan dengan membuat garisan support menggunakan trendline.

  2. Setiap isyarat exit mestilah merujuk kepada harga resistance/rintangan dengan membuat garisan resistance menggunakan trendline.

  3. Support & Resistance adalah penting sebagai penunjuk kepada trading plan trader untuk mengelakkan risiko dan lebih berdisiplin.

  4. Elakkan menggunakan teknik harapan. Hanya trade mengikut plan.

  5. Selepas tahu dimana posisi entry dan exit, mulakan trade, dan sabar kerana harga bergerak dalam volatile. Kuncinya ialah sabar dan jangan tamak.


396 views0 comments

Recent Posts

See All
Anchor 1
bottom of page