top of page
Search
Writer's pictureAieyee SmartInvest

3 rahsia memenagi bull & bear pasaran saham

Updated: Feb 12, 2022


Antara topik perbincangan yang seringkali dibahaskan dan diutarakan semua group channel dan group borak berkaitan saham ialah berkaitan kerugian dan keuntungan dalam setiap aktiviti dagangan saham. Sudah tentu ia menjadi isu keutamaan dalam diri setiap pedagang kerana itulah matlamatnya pedagang memasuki arena jual beli saham.


Namun, kebanyakan pedagang(trader) terlalu obses dengan matlamat keuntungan singkat ketika awal permulaan sehingga lupa tentang risiko dan kesan emosi sebenar selepas bergelut dengan pasaran saham. Keadaan ini jelas menjadi realiti kepada trader pada hari ini bahawa tindakan yang terburu-buru dan keciciran perancangan yang rapi/sistematik akan memberi kesan kepada dana atau capital trader.



Kali ini, kita akan memerihalkan 5 rahsia bagaimana kita boleh memenangi pasaran saham untuk meningkatkan pencapaian Return on Investment (ROI) secara konsisten.


“Latihan ini penting untuk membiasakan dengan kemahiran memasuki pasaran iaitu entry dan exit yang tepat. Kita tidak perlu menghabiskan modal/dana kita kepada kelas yang mencecah ratusan dan ribuan ringgit semata-mata untuk pembelajaran sedangkan kita tetap mengalami kerugian. ”

  1. TETAPKAN MATLAMAT DAN OBJEKTIF


Sebelum memasuki pasaran, anda perlu jelas tentang matlamat & objektif sebenar dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Matlamat ini berkait dengan apa yang ingin dicapai dan bila dicapai. Ia juga hendaklah relevan dan anggaran yang boleh dicapai dan tidak terlalu over confidence. Contohnya ; memperoleh 400% keuntungan daripada jumlah modal dalam tempoh 2 tahun.


Objektif pula, apa yang ingin dicapai dalam tempoh terdekat atau jangka masa pendek. Ia adalah rentetan dari matlamat awal di atas. contohnya; memperoleh 20% return on investment pada setiap bulan.


Perlu diingatkan, matlamat ini perlu direminderkan sentiasa supaya kita kita tidak tersasar daripada landasan. Bagi pedagang baru, matlamat ini hendaklah diterjemahkan dengan ilmu, pembelajaran dan kemahiran Fundamental Analisis( FA ) & Teknikal Analisis( TA ). Contohnya, pengetahuan FA dan TA membantu anda bagaimana untuk mencapai ROI sebanyak 20% dalam sebulan.


Selain itu, kita sebaiknya membuat lebih banyak training dalam trading menggunakan papertrade yang disediakan dalam platform/broker. Elakkan sentiasa bertukar-tukar teknik. Latihan ini penting untuk membiasakan dengan kemahiran memasuki pasaran iaitu entry dan exit yang tepat. Kita tidak perlu menghabiskan modal/dana kita kepada kelas yang mencecah ratusan dan ribuan ringgit semata-mata untuk pembelajaran. Sebenarnya hanya dengan pembacaan dan pemahaman serta latihan boleh menjadikan kita sebagai trader yang konsisten dan mencapai matlamat di atas.


2. MENYUSUN STRATEGI


Bahagian ini adalah sangat penting kepada trader kerana ia merupakan perancangan teknikal sebelum memasuki pasaran dan kemahiran menganalisa pasaran saham. Untuk itu, kita perlu mengetahui, memahami dan mengaplikasi strategi atau teknikal menggunakan platform/alat teknikal/penunjuk atau sumber carian sesuatu saham. Anda perlu mempunyai perancangan yang berkait dengan langkah-langkah berikut;

  1. Tetapkan jenis dagangan sama ada dagangan untuk tempoh singkat atau panjang.

  2. Bina trading plan.kenalpasti saiz position, risk & reward. Saiz posisi berasaskan jenis dagangan di atas. Sebaiknya gunakan modal yang kecil dahulu di awal permulaan.

  3. Menganalisis pasaran iaitu memilih saham yang mempunyai fundamental yang mempunyai prospek/positif earning. Untuk pelaburan jangka panjang, anda hendaklah memilih saham dengan capital market in the middle dan ke atas. Ini kerana saham ini lebih berpotensi serta boleh memberi earning share dan dividen per share berbanding penny stocks.

  4. Setelah itu, senaraikan saham tersebut sebagai watchlist utama. Jangan terlalu banyak senarai watchlist. Kemudian pilih trend harga saham yang dalam awal permulaan uptrend @ pertengahan uptrend sahaja.

  5. Kenalpasti entry dan exit dimana. Teknik ini paling penting. Anda perlu menentukan support dan resistance agar tidak membeli harga di puncak dan menjual ketika low. Gunakan alat teknikal sebagai penunjuk sebelum memasuki pasaran.

  6. Entry ketika anda betul-betul bersedia. Elakkan kompangan atau buycall oleh pihak lain. Setelah anda membuat kajian TA dan FA dengan baik terhadap sesuatu kaunter dan tiba-tiba anda beralih kepada kaunter yang menjadi sebutan/dikompang/buycall ,maka ketika itulah kesilapan paling besar yang dibuat. Ini adalah realiti. Anda mesti berkeyakinan dan mempunyai self insight terhadap keputusan tanpa dipengaruhi pihak lain.

  7. Setelah anda memasuki pasaran, pastikan set-up stop-loss(SL) dan take profit(TP). Tetapkan stop-loss seminima mungkin. Ini bagi mengelakkan kita cutloss ketika harga sudah jatuh terlalu banyak. Risk & reward mesti jelas. Risk tidak lebih dari 10% dan reward lebih dari 10%. Ataupun gunakan nisbah 1 : 3 semasa membuat saiz posisi dalam trading plan. Risk adalah berapa jumlah kerugian yang sanggup kita hadapi berdasarkan jumlah modal.


3. DISIPLIN DAN KESABARAN


Menjadi seorang trader yang boleh mengadaptasi ketidaktentuan pasaran saham adalah amat penting. Disiplin dan kesabaran adalah kuncinya. Disiplin diperlukan untuk mendidik trader sentiasa mengikut peraturan yang kita telah tetapkan dalam trading plan. Dengan adanya disiplin ini, ia boleh memberi kesan kepada ROI gain walaupun peratusannya kecil berbanding kerugian yang ditanggung akibat sikap tamak dan memberi harapan.

Contohnya situasi yang berlaku ialah sepatutnya kita TP kerana sudah mencapai resistance namun kita tangguhkan dahulu kerana berharap/merasakan harga saham akan melambung lagi. Kesannya ia tidak seperti yang disangka, dan akhirnya kita tersungkur. Perlu diingatkan, kita boleh membuat jangkaan harga secara teknikal namun harga saham boleh menyalahi teknikal yang dibuat.


Kesabaran pula menuntut trader membuat perancangan yang sistematik dan tidak terburu-buru dalam tindakan. Ia amat penting bagi trader ketika mencari peluang entry dan juga ketika kita mengalami kerugian. Tidak sabar memasuki pasaran sedangkan kita belum bersedia maka ia adalah perangkap. Tidak sabar ketika kerugian, menyebabkan kita sentiasa cutloss. Ingat, cutloss berfungsi sebelum harga jatuh dengan banyak. Sebab itu kita perlu mematuhi trading plan agar tidak mengalami kerugian pada dua tempat; rugi modal & emosional.


Akhir kata, semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua dan juga peringatan kepada diri admin sendiri. Tiadalah kejayaan mendatang melainkan dengan usaha dan pengorbanan. Jual-beli saham itu bukanlah tempat pertaruhan melainkan menuntut kesabaran.


Aieyee SmartInvest

Oktober 2021.


SMART-TRADE-SUCCESS





95 views0 comments

Comments


Anchor 1
bottom of page