Kebiasaan bagi trader saham bursa atau global yang sering berlaku ialah gagal membuat keuntungan dalam suatu dagangan dan berterusan sehingga modal atau capital semakin merosot. Akhir sekali keadaan ini membuat trader mulai kecewa, bosan dan berhenti setakat itu sahaja. Situasi ini sebenarnya boleh diubah jika kita membuat perancangan yang betul dalam trading plan dan mempunyai pengetahuan(ilmu) ketika membuat posisi dalam sesuatu dagangan walaupun dengan pengetahuan dan skill yang terhad. Anda tidak perlu masuk kelas ratusan dan ribuan ringgit untuk mengatasi masalah dan kerugian anda ini. Anda hanya perlu fokus kepada satu-satu teknik sahaja.
Mari kita lihat kenapa sering terjadi situasi kegagalan di atas. Antara puncanya ialah;
1. Terlalu awal dalam posisi.
Setelah mengenalpasti saham yang hendak dibeli, trader membuat support & resistance dengan betul namun apa yang terjadi ialah trader membuat posisi entry terlalu awal sebelum ia mencapai/hampir dengan support. Setelah trader berada dalam pasaran, harga saham tadi turun lagi dan lagi sehingga beberapa hari. Apabila melihat harga semakin turun, trader mula membuat keputusan untuk menjual kerana bimbang harga akan turun lagi. Setelah trader menjual saham tersebut, harganya tiba-tiba naik semula. Sebenarnya harga rebound/yang naik tadi adalah valid support.
2. Kejar harga.
Keadaan ini berlaku bagi saham yang breakout dan trending stoks yang melibatkan trader intraday, Fast in fast out dan seumpamanya. Ingat, 80% trader gagal dalam strategi breakout pada attemps pertama iaitu entry ketika breakout berlaku. Pada waktu itu harga telah berada di kemuncak dan statik sehingga pasaran tutup pada petangnya. Ada juga yang turun semula harganya setelah breakout 1st attemp. kita mula perasan, bila kita beli harga terus turun. Ini kerana seller kategori smart money/intraday trader mula jual 10-30% pegangan dimana trader runcit yang membelinya. Pada esoknya harga mula pullback dan kerana takut, kita pun jual saham itu tadi. Beberapa hari kemudian, kita lihat harga saham yang kita jual tadi naik semula setelah pullback beberapa hari. *Lihat juga gambar carta di atas.
3. Di penghujung trend
Kegagalan trader untuk mengenalpsti trend pergerakan harga semasa akan menyebabkan trader terperangkap dalam dagangan yang telah dibuat. Memahami trend pergerakan harga merupakan asas penting kepada trader khususnya trader baharu supaya kita dapat membuat plan yang betul mengikut jenis dagangan trader. Apabila gagal memahami trend dan kedudukan harga semasa menyebabkan trader memasuki pasaran ketika harganya berada di penghujung trend dan harganya mula menurun.
4. Missvolatility
Pergerakan harga saham adalah dalam bentuk volatile iaitu bergerak dalam " turun-naik" ataupun dalam bentuk zig-zag. Kesilapan yang sering berlaku ialah memasuki pasaran ketika harga dalam highest volatile iaitu harga pada kedudukan yang sudah tinggi. Ini kerana trader tidak dapat mengenalpasti kedudukan harga semasa sama ada berada di lower low(LL), Lower High(LH), Higher High(HH), ataupun Higher Low(HL).
5. Teknik Harapan
Teknik ini merupakan teknik pemusnah atau bom jangka kepada semua perancangan atau trading plan yang telah dibuat. Malah ia sentiasa menghantui dan meracuni trader dalam aktiviti dagangan. Semua plan dan forming sudah cantik dan terbaik, namun teknik harapan menjadi perangkap abadi. Harga sudah touch resistance namun trader berharap ia naik lagi dengan alasan stok tengah trending.Profile sudah hijau, namun akhirnya menjadi merah. Harga sudah melepasi support namun trader berharap ia akan rebound dalam masa terdekat. Profile yang merah semakin kemerahan. Capital atau dana mula stuck. Tak bergerak sebab tersangkut. Rules or discipline are not just in papper, but must be adhered to...be done...
Semoga dengan mengetahui punca kepada kegagalan ini, ia dapat membantu trader untuk memperbaiki kesilapan dan kegagalan sebelum ini. Apa yang perlu anda buat ialah pembalikan kegagalan di atas sebagai penyelesaian. Langkah yang betul ialah berlawanan dengan perkara di atas.
Selamat berdagang, semoga berjaya insyaAllah.
2021 Aieyee SmartInvest
Comments