Ramai trader yang menggunakan teknik Breakout Strategy dalam trading khususnya short-term trader. Teknik ini adalah berbeza daripada Buy On Breakout (BOB) iaitu berada dalam posisi semasa breakout sedang berlaku ( first attemp ). Teknik BOB memerlukan analisis yang mendalam dan multi-alat teknikal untuk justifikasikan strategi BOB sama ada berkesan atau sebaliknya. Maksudnya risiko BOB adalah tinggi sekiranya berlaku FALSE/FAKE breakout.
Oleh kerana itulah, kami syorkan anda untuk menggunakan teknik Breakout On Baseline (BOBase) yang lebih selamat dan mengurangkan risiko. Teknik ini hanya menggunakan alat teknikal yang minima iaitu 3 indikator sahaja iaitu Moving Average, Stosh-RSI dan BollingerBand. Siri ini merupakan siri asas terlebih dahulu iaitu bagaimana BOBase di aplikasikan dalam dagangan.
Carta di atas di atas menunjukkan bagaimana posisi BOBase dilakukan dimana ketika pasaran dalam keadaan uptrend. Apabila harga telah memecahkan garisan resistance( garisan horizontal) , kebiasaannya harga akan retrace/pullback atau turun seketika. Maka di sinilah kita mengawasi harga di kawasan pullback atau support area( Resistance become support) dimana harga resistance breakout sebelum ini menjadi support sekarang. Petak kuning ialah kawasan support yang baru. Kawasan ini juga merupakan kawasan entry yang terbaik kerana harga akan melambung semula selepas membuat pembetulan seketika dalam keadaan uptrend.
Lihat carta di atas, kami mengaplikasikan teknik ini dan memperoleh 8% gains dalam 2 hari dagangan. Entry selepas breakout pada harga support iaitu 0.340 dan exit pada 0.370. Anda hanya trade 1 atau 2 kali sahaja untuk memperoleh 8%-10% dalam tempoh 7 hari dagangan. Anggaran ini merujuk kepada anggaran bilangan hari pullback selepas breakout.
Siri ini akan bersambung dalam entry akan datang dengan penerangan jenis breakout dan teknikal asas indikator yang digunakan.
Selamat berdagang...SMART,DISIPLIN dan SUCCESS...
Comments