Search

Cara Screening Saham @ Kaunter Yang Akan Meroket (FLY)Tinggi

Updated: Feb 12

Hantaran kali ini menerangkan kepada anda bagaimana untuk menyaring ( screening ) kaunter atau saham yang akan membuat perubahan kenaikan harga yang tinggi dalam tempoh singkat sama ada 1 hari ke 3 hari. Secara purata ia mengalami kenaika antara 25-100% dalam tempoh yang singkat.


Namun perlu diingatkan bahawa strategi ini memerlukan kepelbagaian alat teknikal dan analisis untuk mengesannya dan tidak semua yang berhasil. Di sini kami menerangkan kepada anda dari aspek teknikal sahaja iaitu menggunakan Exponential Moving Average

(EMA) kerana EMA memberatkan data semasa dan hari sebelum serta lebih sensitif kepada perubahan harga.



Lihat carta di atas, bagaimana harga saham mengalami kenaikan harga yang ketara sehingga 63% dalam masa 2 hari dagangan.



Saham di atas pula menunjukkan perubahan kenaikan harga yang tinggi sehingga 148% dalam masa 7 hari dagangan. Kenaikan yang agak extreme.



bagaimana untuk membuat saringan ( screening ) ?


TERDAPAT 3 SYARAT ASAS;

  • KAUNTER DALAM FASA SIDEWAYS DALAM TEMPOH YANG PANJANG SEBELUM IA FLY

  • MOVING AVERAGE DALAM KEADAAN MERAPAT DAN BERLAKU CROSSOVER EMA 30/EMA100 DENGAN VOLUM MULA MASUK

  • KESABARAN ADALAH KUNCI PALING UTAMA.

CARA SCREENING;


  • Menggunakan penyaring/screener TradingView; pergi menu screener; pilih penapis dihujung kanan sekali; di penapis carian anda taip 'exponential moving average' >kemudian pilih ema30>melintas ke atas>nilai >ema100.

  • Selepas itu screener akan menunjukkan dapatan atau kaunter saham yang berlaku crossover. Jika anda perhatikan, di bahagian 'penilaian' di dapati penilaiannya adalah "Beli" atau "Belian Kuat". Itu menunjukkan kaunter dalam keadaan bullish dimana volume mula masuk ( minat belian ).

  • Kemudian anda perlu mengawasi harga selepas crossover berlaku dimana ketika ini merupakan kawasan entry. Harga tidak akan naik terus selepas crossover. Ia hanya isyarat akan berlaku kenaikan. Pada masa ini ia menuntut syarat yang ketika seperti di atas iaitu kesabaran. Anggaran masa ialah 1-14 hari ( dari crossover sehingga sebelum fly ). InsyaAllah ia akan naik jika cukup syaratnya. Wallahu a'lam.

Selamat berdagang, semoga berjaya!



© 2021 aiesmartinvest.com