Search

MEMAHAMI PERGERAKAN HARGA SAHAM

Updated: Feb 12


Sebagai pelabur atau pedagang saham, adalah menjadi satu topik yang penting untuk memahami trend pergerakan harga saham. Dengan adanya pengetahuan tentang tren ini, ia akan membantu trader untuk membuat keputusan atau jangkaan pergerakan harga pada masa hadapan selain daripada faktor prospek atau fundamental syarikat.






Pergerakan harga saham ini dipanggil Struktur Harga Saham iaitu kitaran harga yang berlaku dalam sesuatu saham. Saham bergerak dalam empat fasa ( kitaran )utama iaitu fasa Accumulation( pengumpulan), fasa Markup( tren menaik), fasa Distribution (kemuncak/penjualan), dan fasa Markdown( tren menurun). Semua fasa ini amat penting untuk trader bagi membuat keputusan dan perancangan(trading plan) sebelum memasuki (entry) pasaran dan strategi apakah yang patut dilaksanakan untuk aktiviti dagangan.







PERUBAHAN TREND(FASA)


1)FASA ACCUMULATION


“Fasa accumulation merupakan keadaan dimana harga bergerak secara mendatar atau sideway. Tiada perubahan yang ketara dalam fasa ini kerana kurangnnya permintaan(demands) atau penawaran(supplys) daripada buyers dan sellers yang dikaitkan dengan volume (jumlah permintaan/penawaran)”.

2)FASA UPTREND


Fasa kedua merupakan fasa kenaikan harga saham(uptrend) selepas daripada fasa sideways. Harga mula melonjak naik dan berlaku volatile( naik-turun) harga dalam tempoh uptrend ini. Pada ketika ini jumlah dagangan ( volume ) lebih besar dimana wujud minat belian daripada buyers ( bullish trend). Minat belian ini boleh dilihat melalui pembentukan candlestick yang panjang berwarna hijau( bullish marubozu) dan juga bentuk bar volume di bawah carta.

Pergerakan naik-turun akan berlaku atas faktor jumlah volume belian(buyers) dan jumlah volume jualan(sellers). Harga yang turun seketika selepas membuat kenaikan dipanggil retrace/pullback (pembetulan) ataupun dikenali re-accumulate dan naik semula selepas retrace dipanggil rebound(melonjak). Disinilah trader menggunakan pelbagai strategi dalam aktiviti dagangan dengan menggunakan pelbagai analisis.


*candlestick dan strategi sila rujuk entry yang berkaitan.



3)fasa distribution


Ia merupakan kemuncak fasa pergerakan saham iaitu harga berada pada kenaikan yang paling tinggi selepas membuat kenaikan. Ketika ini harga mula bergerak mendatar dan mula merosot sedikit selepas mengalami kenaikan yang tinggi dan pedagang mula membuat penjualan/mengambil untung. Tempoh ini juga berlaku turun-naik harga yang dipanggil re-distribution.



4)FASA DOWNTREND


“Harga mula turun dengan ketara kesan daripada jualan oleh sellers dengan volume jualan yang tinggi( bearish trend)”

Fasa ini melibatkan aktiviti penjualan oleh pedagang selepas daripada uptrend sebelum ini. Harga mula turun dengan ketara kesan daripada jualan oleh sellers dengan volume jualan yang tinggi( bearish trend). Pembentukan candlestick juga menunjukkan keadaan bearish iaitu bentuk panjang berwarna merah.

Pasaran kebiasaannya melibatkan pedagang short-term( analys trader). Keadaan turun-naik harga juga berlaku dalam tempoh downtrend sehinggalah kepada fasa accumulation semula.



Rajah di atas menunjukkan pergerakan harga saham mengikut fasa dalam bentuk volatile iaitu harga tinggi( higher ) dan harga rendah (low).